Resepi Pemenang Peraduan Pilihan Sebenar Lady’s Choice® - Harian Metro
Minggu Pertama (17 – 23 Ogos 2008)
Adibah Adilah, Kelantan - Bebola Kentang MayonisJamaliah binti Othman, Selangor - Kerabu Seafood Mayonis
Harudi bin Edayat, Johor - Snek Telur Ceria
Minggu Kedua(24 – 30 Ogos 2008)
Herinna, Kedah - Bebola Nasi Berinti IstimewaNurul Shahida, Negeri Sembilan - Begedil Tauhu bersama Mayonis Sebenar
Noraizi, Johor - Biskut Bakar Istimewa
Minggu Ketiga (31 Ogos – 6 Sept 2008)
Jamiah, Perak - Ayam Goreng Ranggup Mayonis
Fahlizah, Perlis - Roti Tuna Bakar Berkeju
Safizah, Johor - Kebab Mayonis Istimewa
SENARAI RESEPI
Bebola Kentang Mayonis :daripada Adibah, Kelantan
Bahan-bahan
4 biji ubi kentang, direbus dan dilecek
3 ulas bawang merah, dicincang halus
½ sudu teh garam
½ sudu teh lada sulah
Daun bawang, dimayang halus
Daun saderi, dimayang halus
½ cawan Mayonis Sebenar Lady’s Choice
2 biji telur
½ sudu teh minyak masak
Cara Membuat
- Gaulkan semua bahan A bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice.
- Bentukkan bebola daripada adunan dan celup ke dalam telur.
- Goreng bebola kentang di dalam minyak masak sehingga keperangan.
- Toskan dan hidangkan bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice.
Kerabu Seafood Mayonis : daripada Jamaliah, Selangor
Bahan-bahan
10 ekor udang sederhana besar, direbus dan dibuang kulitnya
10 ekor sotong, direbus dan diracik
½ kg kerang, direbus dan diambil isinya
1 batan lobak merah kecil, dipotong halus
1 batang timun kecil, dipotong halus
3 ulas bawang merah, dipotong halus
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh serbuk lada hitam
2 sudu teh minyak bijan
4 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
Cara Membuat
Gaulkan kesemua bahan bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice sehingga sebati dan hidangkan.
Snek Telur Ceria : daripada Harudi, Johor
Bahan-bahan
3 biji telur rebus bersaiz besar.
Bahan inti. (Digaul)
2 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
1 ulas bawang putih, dicincang halus
½ biji bawang besar, dipotong menjadi dadu kecil
½ biji lada benggala merah, dipotong menjadi dadu kecil
Sedikit daun bawang, dicincang
½ sudu teh serbuk lada hitam
Garam dan gula secukup rasa
1 sudu kecil jus lemon
Cara Membuat
- Telur rebus dibelah dua dan diambil kuning telur
- Lecekkan kuning telur dan gaulkan semua bahan inti sehingga sama rata dan sebati.
- Sudukan bahan inti dan letakkan ditengah-tengah putih telur bagi menggantikan tempat kuning telur. Ulang cara yang sama sehingga selesai.
- Hidangkan untuk seisi keluarga..
Bebola Nasi Berinti Istimewa : daripada Herinna, Kedah
Bahan – bahan Inti (untuk 10 biji bebola)
1 cawan udang, dibuang kulit, dicelur dan dicincang
½ cawan ayam, dicelur dan dicincang
12 cawang lobak merah, dicincang dadu
½ cawan daun bawan, dipotong halus
½ sudu serbuk lada sulah
1 cawan Mayonis Sebenar Lady’s Choice
B. Bahan Bebola Nasi
2 cawan nasi putih
½ cawan parutan keju
2 biji telur
C. Bahan untuk menggoreng
1 cawan serbuk roti
Minyak secukupnya untuk menggoreng
Cara Membuat
- Gaulkan kesemua bahan-bahan inti sehingga sama rata dan mesra.
- Gaulkan bahan bebola nasi dan bentukkan bulat-bulat ikut saiz yang sederhana.
- Isikan inti kedalamnya dan kepal atau bulatkan semula.
- Panaskan minyak dalam kuali
- Salutkan bebola nasi dengan roti dan goreng dengan api perlahan sehingga kuning keemasan.
- Hidangkan
Begedil Tauhu bersama Mayonis Sebenar : daripada Nurul Shahida, Negeri Sembilan
Bahan-bahan
10 keping tauhu goreng
Bahan-bahan untuk inti
3 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
200gisi ayam yang dicincang
½ batang lobak merah, dipotong dadu
½ biji bawang besar, dipotong dadu
1 sudu besar cili mesin
1 sudu besar sos tiram
3 batang kacang buncis, diracik
Sebiji telur
Garam secukup rasa
Cara Membuat
- Tauhu digoreng garing
- Tauhu dibelah 2 supaya berbentuk 3 segi.
- Korek keluar isi tauhu dengan sudu dan asingkan.
- Tumis bawang, cili dan sos tiram sehingga mesra dan wangi.
- Masukkan isi ayam tumis sehingga isi ayam separuh masak
- Masukkan lobak, kacang buncis, isi tahu dan garam secukup rasa. Tumis sehingga rata dan angkat.
- Sumbatkan isi ramuan di atas kedalam tauhu.
- Celup ke dalam telur, goreng dan hidang bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice
Biskut Bakar bersama Inti Mayonis Lady’s Choice : daripada Noraizi, Johor
Bahan A
1 cawan isi ayam yang telah dicincang
1 cawan daging cincang yang telah direbus
¼ cawan Mayonis Sebenar Lady’s Choice
¼ cawan lobak merah yang dicincang
¼ cawan jagung
¼ cawan kacang pis
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah
Bahan B
30 keping biskut tawar cream cracker
5 sudu besar susu tepung
4 biji telur
Cara Membuat
Gaulkan semua bahan A bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice. Ambil loyang aluminium empat segi yang disapu marjering Planta. Bancuh susu tepung dengan air suam dan rendam satu per satu kepingan biskut selama 1 minit. Kemudian susun biskut ke dalam Loyang hingga penuh ruangan selapis. Kemudian letakkan rata inti yand sudah digaul. Susun semula kepingan biskut yang telah direndam keatas inti hingga tutup penuh inti tadi.Selepas itu, kacau 4 biji telur dan simbah rata atas biskut. Bakar selama 15 minit. Tuang ke atas dulang yang besar selepas dibakar. Potong dan hidangkan.
Ayam Goreng Ranggup Mayonis : daripada Jamiah, Perak
Bahan-bahan
4 keping peha ayam
2 b atang serai ditumbuk halus
1 labu bawang besar (saiz kecil) ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk halus
Garam secukup rasa dan sedikit serbuk kari
3 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
3 sudu besar tepung jagung
Minyak untuk goreng terendam
Bahan Sos
1 sudu besar Mayonis Sebenar Lady’s Choice
1 batang serai
1 sudu besar cili
1 sudu besar udang kering, ditumbuk halus
1 ulas bawang putih
2 sudu besar tomato hancur (dalam botol)
Gula, garam dan air asam jawa
½ sudu besar hirisan daun ketumbar
Cara Membuat
- Bersihkan ayam, gaul dengan bahan tumbuk, serbuk kari dan garam berserta Mayonis Sebenar lady’s Choice. Perap ramuan selama 15 minit.
- Panaskan minyak, golek ayam atas teung jagung dan goreng hingga kekuninga. Toskan.
- Satukan semua bahan sos dan masak sehingga pekat. Siram atas ayam dan hiaskan dengan hirisan daun ketumbar.
Roti Tuna Bakar Berkeju : daripada Fahlizah, Perlis
Bahan-bahan
Keju, diparut
Roti putih / Roti tinggi serat
Cili benggala, didadu
Bawang besar, didadu
Nanas, didadu kecil
Lobak merah, diparut
Ikan tuna dalam tin
Mayonis Sebenar Lady’s Choice
Garam dan lada
Cara Membuat
- Lecek ikan tuna dan gaul bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice
- Campurkan adunan ikan bersama bahan yang telah dipotong dadu.
- Masukkan lobak, garam dan lada bersama dan gaul sebati.
- Letakkan campuran tuna di atas roti dan ratakan.
- Taburkan keju yang diparut di atas dan bakar sehingga roti kelihatan ranggup.
Kebab Mayonis Istimewa
daripada Safizah, Johor
Bahan A
500g daging cincang (ayam / lembu)
1 biji bawang besar dipotong ddu
3 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dicincang
3 sudu besar sos cili
Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa
Bahan B
½ cawan lobak merah
½ biji timun dipotong dadu
2 biji tomato dipotong dadu
4 helai daun salad (putih) dimayang
1 cawan Mayonis Sebenar Lady’s Choice
5 keping roti pita
Cara membuat
- Tumis bahan A hingga kekuningan.
- Masukkan daging cincang dan masak hingga kering.
- Masukkan sos cili dan garam secukup rasa.
- Kemudian masukkan bahan B dan gaul bersama Mayonis Sebenar Lady’s Choice
- Potong roti pita menjadi 2 bahagian. Bakar atas kuali tanpa minyak hingga kekuningan.
- Masukkan inti dan daun salad ke dalam roti pita. Hidangkan.

