Unilever Bantu Mangsa Mangsa Banjir 220107
22-01-2007 : Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd menyahut seruan kerajaan agar organisasi korporat turut serta menggembeling tenaga membantu mangsa-mangsa banjir. Baru-baru ini, warga kerja Unilever Kawasan Selatan telah berkunjung dari rumah ke rumah untuk mengedarkan ‘Pek-Pek Kecergasan’ (Vitality Packs) kepada lebih kurang 11,000 keluarga yang terjejas teruk oleh banjir di Johor Bahru dan Kota Tinggi.
Setiap Pek Kecergasan (Vitality Pack) mengandungi barangan penjagaan diri, penjagaan rumah dan barangan makanan. Nilai keseluruhan barangan dalam pek-pek yang diedarkan berjumlah RM 550,000.
Penghuni-penghuni yang sedang sibuk membersihkan rumah dan mengasing-asingkan barangan milik masing-masing terharu apabila menerima kedatangan ‘tetamu yang tidak dikenali’ di halaman rumah mereka, membawa barangan keluaran Unilever seperti syampu, serbuk pencuci, cecair pembersih pinggan , pembersih diri dan juga makanan.
Pengarah Sumber Manusia & Perhubungan Korporat Unilever, Nik Mustapha Nik Mohamed menjelaskan, “ Kami berharap produk-produk dalam Pek Kecergasan ini dapat memenuhi keperluan mereka-mereka yang terjejas akibat banjir. Sejajar dengan misi korporat syarikat untuk meningkatkan kecergasan dalam kehidupan, kami ingin mereka tahu yang mereka sentiasa di dalam ingatan kami dan kami sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka di saat-saat getir ini. Sekurang-kurangnya inisiatif yang kami lakukan ini membolehkan mereka ini meneruskan kembali kehidupan seperti biasa.”
Selain dari sumbangan di atas, Unilever juga turut menyumbangkan barangan makanan seperti teh Lipton, mentega kacang, jem, mayonis Lady’s Choice serta sup dan tepung Knorr berjumlah RM 250,000 melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk disalurkan kepada pusat-pusat penempatan mangsa banjir di Kota Tinggi, Batu Pahat, Kluang dan Johor Bahru.
Untuk kakitangan syarikat, Unilever telah mengambil langkah-langkah segera untuk membantu 11 orang kakitangannya di kawasan Johor yang terlibat dengan banjir melalui sumbangan kewangan dan barangan untuk memastikan keperluan mereka dijaga. Bukan itu sahaja, bahkan Encik Sze Tian Poh, Pengerusi Unilever Malaysia & Singapura telah turut ‘turun padang’ memasak juadah makan tengahari untuk tujuan amal bagi membantu para kakitangan Unilever yang terlibat. Jamuan amal yang diadakan di ibupejabat Unilever di Menara TM dan melibatkan ramai kakitangan ini berjaya mengumpul dana berjumlah RM 2,200.
Kesemua aktiviti yang dijalankan bagi membantu mangsa-mangsa banjir ini adalah sejajar dengan matlamat Touching Hearts (Sentuhan Hati), sebuah inisiatif dalaman yang digerakkan sepenuhnya oleh warga kerja Unilever Malaysia. Unilever sememangnya menyokong program-program kemasyarakatan untuk mereka yang memerlukan. Semangat Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility) telah menjadi sebahagian dari budaya korporat syarikat yang dipraktikkan di keseluruhan organisasi, di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.
Sebagai salah sebuah syarikat barangan pengguna terbesar di dunia, Unilever berbangga dapat menjadi warga korporat yang bertanggungjawab, di mana pelanggan tetap menjadi nadi utama operasinya.
Latarbelakang Unilever Malaysia
Unilever merupakan jenama isirumah di Malaysia sejak 1947. Jenama Unilever, yang didapati pada barangan pengguna di berjuta-juta rumah meliputi 150 negara, adalah nama yang dipercayai dalam pemakanan, kebersihan dan penjagaan diri. Menyelami sejarahnya, yang melangkaui tiga abad, Unilever telah meningkatkan kecergasan dalam kehidupan pengguna, mencipta produk-produk yang membantu orang ramai berasa lebih baik, kelihatan ceria dan mengecapi lebih banyak nikmat kehidupan.
Sebahagian daripada jenama popular Unilever termasuklah Dove, Breeze, Lux, Sunsilk, Clear, Pond’s, Rexona, Fair & Lovely, Wall’s, Lipton, Lady’s Choice, Knorr dan Planta
Malaysia:
Unilever (Malaysia) Holdings Sdn Bhd
Level 34, Menara Telekom
Jalan Pantai Baru
50672 Kuala Lumpur
T: +603 2246 2188
F: +603 2282 1048

